Friday 26 July 2013

 


MOHON JANGAN DICULIK KANAK-KANAK RIANG INI.. (^_^)


rindu serindu rindunya ..

PANGGILAN PERTAMA 

mak : kak long balik tak minggu ni ?? 
me : tak la mak ada koku besok.. tak dapat nak balik 
mak : la ingatkan balik.. ke tak nak balik sebab malas kemas rumah nak raya ?? 
me : eah mana ada la mak.. memang betul-betul ada koku.. 
mak : humm yela.. *dengar suara wan kat belakang tanya balik ke tak*
me : *sedih* *air mata bergenang*
mak : da cakap dengan ayah da tak balik ??
me : dah mak, minggu lepas whatsapp ayah da cakap da x balik.. raya nanti baru balik..
mak : owh abes bila balik raya ? 
me : minggu depan hari jumaat atau khamis.. tak konfem lagi la mak.. *suara da lain macam*
mak : owh yela.. mak tengah masak ni.. saja je telefon tanya balik ke tak.. 


PANGGILAN KEDUA 

adik : hello, *comel je suara* kak long balik tak ?? 
nana : kak long !! akak da balik da ni.. akak da sampai rumah.. 
adik : kak long kenapa tak balik ?? 
me : *senyap dalam kesedihan terlampau*
adik & nana : blablablablablablablabla 
me : *gelak2 je* 
adik : hmm k la .. nak letak ni.. bye !! miss you so much !! 
me : ok bye miss you too *air mata berderai*  





Wednesday 24 July 2013

lepakzzzkinggggkonggg

 jarang dapat luang masa macam ni.. sekali sekala apa salahnya kan.. buat muka tebek je duduk kat padang kecik tu.. orang lalu lalang peduli apa bukan buat salah pun.. ^_^



tangan bard ni saja je kacau.. 


ni syikin.. dia kawan paling comel .. dan agak blurr.. 




mula dari kiri imran, badrul, me n ikin.. 













me n kak ya 


kak ya again .. 




kami kembar sandal.. =D


dalam kelas komunikasi perniagaan .. =)



paling depan tu umi..
dari kiri dini, kak ya n me.. 


Tuesday 23 July 2013

cuba untuk mengerti

sikap bertolak ansur dalam sesebuah organisasi sangatlah penting..
kalau ada yang ikut kepala sendiri memang akan berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain dan perkara takkan habis macam tu je..
lagi satu dalam adat berkawan janganlah ada diantara kita yang kuat mengadu domba ataupun lebih senang dikatakan mengapikan antara satu sama lain .. 
orang macam ni aku rasa elok hantar pos laju je pegi memana tempat yang dia sorang je boleh hidup.. 
maybe waktu ni baru orang macam ni la baru sedar apa yang dia orang tak nampak kesalahan masing-masing.. 
asyik nampak kesalahan orang bawahan je.. 
jangan sampai sesuatu organisasi tu da hancur berkecai baru nak terhantuk.. 
tak guna apa lah dah.. 
memandangkan hari da lewat malam kepala pun da berat eloklah kita merehatkan minda dan fikiran.. 
selamat malam.. ^_^ 



Monday 22 July 2013

raya ke-4

nak tahu tak ! 
raya ni mood raya langsung tak ada tau.. 
ni semua gara-gara perlu pulang ke kolej pada raya ke-4.. 
then terus exam.. 
budak sekolah bersorak keriangan .. 
aku berjuang nak dapatkan markah yang 20 tu.. 

ada hikmah semua yang berlaku..  




Sunday 21 July 2013

21/7/2013

haloooo !!!  pertama-tama kalinya dan buat julung kalinya keluar shopping hari nie bawah RM 100 .. 
hoyeah satu pencapaian  yang bagus kan.. 
dan hari ni terciptanya sejarah yang x dapat dilupakan .... 

1. pepagi yuyunk da masam muka 
2. jalan-jalan shopping raya sesama *masa ni da ok la* 
3. lepas shopping tak bercakap langsung *terasa hati*
4. kembali normal selepas sesi bertentang mata 
5. pergi bazar =) 

tak perlu rasa meluat.. kalau anda meluat tak payah jenguk lagi blog ni.. memandangkan aku tahu ramai kawan-kawan beliau yang menggodek blog ni.. tak perlu menyampaikan kepada yang lain..biarkan yang lain membaca sendiri..  jika ada sebarang komen .. komen je terus kat bawah tu.. pesanan bernas dari tuan blog.. 

Friday 19 July 2013

    


saya sayang sahabat saya *tumpang lalu*



Ramadhan Tiba Lagi


assalamualaikum..
 lama sudah berhabuk ini blog... tiada masaku ingin menulis didalam blog ini memandangkan setiap minggu ada assignment.. betapa sayangnya lecture kami.. haaa~ 
sebelum tu nak mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh mulia dan penuh dengan keberkatan... sungguh rindu dengan suasana berbuka reramai dekat rumah.. 
hiba hati bila memikirkan hidup sebagai seorang perantau.. 
kesedihan yang bertamu ku jadikan sebgai satu cabaran untuk memulakan sesuatu perkara hingga berjaya...