Friday 31 May 2013

3 cerita 1 entry

holaaa !! memandangkan my family pergi kenduri kawin hari ni.. me n my sister x ikut kerana kerajinan yang teramat sangat *padahal perut da kenyang* ..
 tomorrow adalah hari dimana kami akan bershopping sakan untuk membeli barang-barang keperluan kami untuk kembali ke alam pembelajaran.. 
dalam kepala aku ni da ada satu list yang cukup panjang untuk esok.. so i hope mak n ayah bawak belanja lelebih ye.. hehehe 

dalam pukul 4:30 pg tadi my love whatsapp mengatakan beliau da selamat sampai.. =)
alhamdulillah... malam tu punya la payah mata nak lelap.. kalih sana kalih sini senget sanan senget sini x jugak mata ni nak tutup.. alih-alih amik tonik saraf then terus tidur.. hee~ 

dikesempatan ini aku ingin memohon kemaafan dari sahabatku yang melangsungkan majlis perkahwinan harini.. sori  dear tak boleh nak datang .. no transport la... so sad right ??? aku doakan Fiera dengan Azli kekal bahagia hingga akhir hayat.. samapai jannah la.. hehe.. next !!  my turn ok !! ohokkkkkkk !! bila tak tau la.. hahaha  lepas ni agak-agak sapa pulak lah yang dulu kan.. 

oklah memandangkan perut kenyang .. angin pun best je ni menghembus-hembus .. mata mana nak tahan beb ..
 ok darling2 sekalian..   daaaa !! 

Thursday 30 May 2013

2 weeks

ya allah .. rindunya dengan hamba-Mu yang seorang itu.. baru je pagi tadi die terbang meninggalkan Malaysia.. semoga selamat perjalanan beliau sekeluarga pergi dan pulang.. 
2 minggu saja .. tak lama mana pun.. 
i'm waiting dear.. =')

Wednesday 29 May 2013

peberet i *o*

tahukah anda saya sebenarnya seorang penggemar MOORE yang tegar ??
pada zaman sekolah dulu asal rehat je pegi koperasi nak beli MOORE.. sekali beli 10.. 15.. 
lepas abes sekolah bekalan nak dapatkan MOORE tu susah.. sadis sungguh kalau teringin sangat nak makan.. bila sekali jumpa mmg lahap sesorang je la citernyer.. =D 

 

dan ini lagi satu peberet i uolllzzzzzz !! 


MAGGA !!!! yeaahhh !!!! nyum nyum .. duduk rumah ada je buah ni .. thanks wan dan mak yang sentiasa memastikan bekalan buah mangga ini sentiasa ada kat rumah.. =)

i miss u

i miss u in the morning 
i miss u in the afternoon
i miss u when i watch TV 
i miss u in my bed 

you may not be here with me 
BUT... 
thoughts of you are always in my H.E.A.R.T 


Semester 3 o.O

helooo eberybedi !!!
dah lama jugak titew tak tulis-tulis dalam blog kita yang comel ni*mohon sembelit pliss*
ok tak senonoh punye izzah.. kita tinggalkan hal tu ..
sekarang nak berkongsi pula pasal subjek yang bakal diambil bila masuk sem 3 nanti..

antara subjek yang diambil oleh pelajar Komunikasi Massa(MassCom) sem 3 KUIM:

#Fiqh Ibadah
#Business Communication 1
#Prinsip Ekonomi
#Kewartawanan 1
#Pengenalan Media dan Etika
#Perhubungan Awam 1
#Ko-Kurikulum

jeng jeng jeng .. nampak tak para hadirin sekalian .. apa yang boleh aku cakap bila tengok subjek ialah *masak aku sem 3 ni*.. ahakzzzz.. sebenarnya setiap sem aku cakap macam tu.. padahal tak da apa pun.. hoyeahhhh 10/6/2013 adalah tarikh dimana keputusan sem 2 akan keluar.. ohh nooooo !! apa la yang tertulis kat slip comel tu nanti.. cuak beb

oh lupa lak.. besok Muslim n Family akan berangkat ke Tanah Suci.. doakan supaya mereka selamat pergi dan   balik.. (^_^)



Thursday 23 May 2013

HATE !!

i hate my self !!! 

#konflik diri sendiri 
#tak matang dalam perhubungan 
#pentingkan diri sendiri
#tak fikir perasaan orang lain
#ego 
#batak 

p/s : maafkan izzah ='(

Tuesday 21 May 2013

lawan pantun

tok tok tokkk !! assalamualaikum ..

teringat pulak zaman sekolah.. masuk pertandingan berpantun kumpulan cite nye.. wakil sekolah.. tak pernah mimpi pun aku nak masuk berpantun... nak dijadikan cerita benda ni semua berlaku secara kebetulan.. mulut aku ni tak pernah nak duduk senyap.. pot pet pot pet.. ada la satu hari ni cikgu nadilah datang kelas nak cari budak yang boleh berpantun.. intonasi masa pantun pun nak sedap.. ha yang aku ni tak reti senyap pot pet pot pet jgk kat cikgu baca pantun.. sekali cikgu berkenan daa.. 

dengan hati kurang relanya masuk lah berpantun.. dalam satu group ada 4 orang setiap hari berlatih .. penat memang penat.. lawan pantun dengan group sendiri .. perah otak dengan ayat berbunga-bunga.. fiuwwww.. bukan senang beb.. 

tibalah hari pertandingan kat Kuala Pilah.. pepagi buta lagi dah bertolak pergi.. naik kereta .. sampai sana debar jangan cakap tengok budak lain heboh pegang kertas terkumat kamit mulut memasing.. kita orang ?? lepakkk saja.. yeahh kita orang lepak.. buat2 cool yang tak tahan boleh siap tertido lagitu.. undian pun dah dibuat sapa lawan sama dan seterusnya.. 

dan tibalah didalam bilik pertarungan.. seteruk-teruk aku pun berpantun dapat jawab semua tau... ahakzzz.. cuba bayang kan situasi dimana korang duduk dalam bilik tu jadi pemantun ke 3 yang penggulungan punye.. perghhh terbaik aku kata.. yang kelakar nye kita orang kalah secara terhormat.. sempat main berapa game je .. then nak balik sekolah malu pulak.. awal lagi kot... bermulalah satu pemujukan cikgu untuk bawak kite orang jalan-jalan makan ABC.. haha satu Pilah tu pusing cari ABC akhirnya jumpa.. masa sampai sekolah tak sanggup jejak punye pasal suruh cikgu berhenti kat luar sekolah dan telefon ayah suruh amik terus.. hee 

got to go .. bubyeee !! 

Wednesday 15 May 2013

KAWIN VS BELAJAR

customer : kak lagi berapa tahun kat sana ? 
me : 2 tahun lagi cik ..
customer : owh !! lepas tu nak buat apa ?
me : tak tahu lagi maybe keje tak pun sambung lagi.. 
customer : la ingatkan kawin. kawin ni tak salah awal baru kita tau macam mana nak membentuk rumah tangga sendiri. 
me : *tersengih lebar-lebar 
mom : amboi-amboi.. tolong dulu mak ayah eah ha baru fikir nak kawin. *sambil jeling-jeling kat pak cik tu.. 
me : *senyap 
customer : apo lak salah eah kot jodoh dah sampai jalan je.. nak buat cam ne lagi.. blaja ni bagus.. anak acik tu tak tau la macam mana *tetiba 

lalu pak cik itu berlalu pergi kekebunnya dengan setapau nasi lemak.. 

16 MAY 1969

HAPPY BIRTHDAY MOM ..


I LOVE YOU SO MUCH.. SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN TUBUH BADAN, MURAH REZEKI, DIPANJANGKAN UMUR DAN BAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA SERTA ANAK-ANAK YANG COMEL LAGI CANTIK... MUAHHHH  !! :* 

love cikgu

hari ni genap 2 tahun tak sambut hari guru memandangkan waktu persekolahan da habes.. 
hoho terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang memberikan tunjuk ajar kepada budak yang bernama Norizzah Syahira binti Abu Talib nie.. dari cikgu tadika, cikgu sekolah rendah dan cikgu sekolah menengah.. banyak jugak seingat aku masa sekolah aku buat perangai tapi tak da la sampai melampau-lampau.. cikgu-cikgu tersayang saya doakan dipanjangkan umur, murah rezeki, tabah mengajar anak didik yang makin mencabar zaman sekarang... 
kenangan yang terakhir sambut hari guru 1 kelas naik pentas nyanyi lagu yang diubah suai dari lagu asal gadis bunga dan akan ingat kenangan ni sampai bila-bila.. dan setiap hari guru mesti ada aiskrim free.. tu yang best tu.. hee

aku suka lagu ni walaupun lagu budak-budak.. best.. hehe =D



SELAMAT HARI GURU CIKGU.. 



Tuesday 14 May 2013

DKM 2

sungguh aku rindu giler dengan member bergurau gelak terbahak-bahak ni <agak tak senonoh>.. bila da duduk tempat orang jauh dari family pepandai la kita nak bawak haluan masing-masing.. paling penting jaga diri <nasihat berguna dari penaja> 

sebelum memasing berangkat pulang ke kampung halaman sempat lagi bergambar di pokok mangga.. hehe 




agak kemalasan nak mencerahkan sedikit gambar.. rindu geng2 DKM nie.. 

my love *saja gedik-gedik

bila belek-belek balik gambar yang banyak sangat-sangat dalam laptop terjumpa pulak gambar ni

 

perasaan yang sukar digambarkan bila bangun tido tengok whatsapp ada gambar ni.. ahakzz.. 
tak pernah terfikir Si Dia akan buat macam ni.. 

and thisssss 
nak periksa masa nie.. kejut bangun la citer nye nie.. =) 
tulisan beliau dalam mamai lagi ni.. hihi

 

ada rupa hindustan tak ?? hehe  :*



P/S : Never forget me, as I will never forget you.
If I had to choose between breathing and loving you I would use my last breath to tell you I love you.







wartawan ???

mom : nanti dah keluar nak jadi apa ?? 
me : don't know la ma.. 
mom : nak jadi wartawan ke ?? x payah la mintak jela keje dgn TM tu.. 
me : errrr tak nak pon jadi wartawan tu.. bukan minat pon nak menulis2  ni bagai.. 
mom : bagus !! kalau nak jadi wartawan boleh tapi untuk surat khabar Harakah la.. *sambil tergelak tersengih 
me : haaaa~ tak habes-habes dengan Harakah mak... 

Thursday 9 May 2013

sepi dalam kerinduan


saat sepi bertamu disisi
hampa mulai menyelimuti
tanpa adanya kekasih hati
tak kan layu rindu ini


saat malam tiada berbintang
aku sulit temukan bayangan
kerna engkau selalu disana
ku rindu senyumanmu


hati yang sebak mengundang air mata
resah disudut malam ku,bersendirian
sungguh aku tiada kuasa
menahan air mata bersayap cinta


sungguh ku merindui dirimu sayangku 
setiap malam merindukan mu tanpa jemu
manahan sayu bila berjauhan
hampa aku tanpamu
sudahku punyai impian 
ingin membina singgasana bersamamu
bilakah berakhir menanggung rindu ??.. 

Tuesday 7 May 2013

tik tok tik tok tik tok

tetiba terfikir pasal 


 

dan muka terus 


 

kecuakan to the max !! 


harap pointer makin naik dan bukan makin turun.. minta dijauhkan 3.0 kebawah.. 
dekan dialu-alukan.. =)



Monday 6 May 2013

renungan malam




tidak perlu mempersoalkan perkara yang lepas.. semua yang terjadi sebaik-baik perancangan dari-NYA.. bersyukur dengan keadaan yang sekarang.. 

masih ada kawan-kawan yang menceriakan hati.. masih ada keluarga yang sentiasa menyokong dari belakang.. masih ada seorang insan yang sentiasa memberikan kasihnya dan yang penting masih ada DIA yang satu...  




Saturday 4 May 2013

i miss you

satu hari mengusung kerinduan yang tidak pernah berkesudahan.. 
<sabarlah wahai hati.. fahamilah keadaan yang sangat sibuk sekarang.. besok ialah harinya>



Friday 3 May 2013

DIARY HATI

bila terkenang semula detik perkenalan antara aku dan dia rasa macam haaaaaaaaa gitu.. Si Dia merupakan sahabat kepada seorang sahabat karib aku yang bernama Umi Maisarah.. pertama kali Umi buka cerita pasal Si Dia hati mula rasa tertarik untuk mengenali Si Dia dengan lebih rapat <skema gler ayat tapi tak pe la da nama pun tengah berjiwang> .. sehingga satu masa beliau bergurau dengan menyampaikan salam melalui angin perantaraan dengan Umi <cewah> .. 

masih ingatkah Si Dia dengan  pertemuan dibawah blok S.Ali ?? dengan berseluar warna putih2 krim ke hitam  <kalau tak silap>  + t-shirt putih +  earphone tersangkut.. satu penampilan yang sangat ringkas tapi itu la yang buat aku tersangkut dengan Si Dia .. ingat lagi lepas pertemuan yang singkat tu masa otw naik tangga rumsis Si Dia mesej Umi dan Umi tergelak besar lepas tu rupanya Si Dia kirim salam .. mulai hari itu aku bertekad nak kenal lagi dengan Si Dia.. 

 so akhirnya hari yang ku tunggu tiba.. mula la aktiviti menjelajah FB beliau dan juga Twitter.. ok ini malu.. x nak cerita.. selepas bertegur sapa kat twitter Si Dia mula menunjukkan respon yang positif.. hati jangan cakap la kan punya la suka + gedik pun ada.. dari sinilah berbalas mesej di FB.. sehinggalah satu malam yang tenang lagi indah.. tengah dok kalut buat assignment pukul 2 lebih pagi macam tu dapat satu mesej kat FB ingat lagi ayat Si Dia "awakkk nak nombor >.< " siap muka lagi tu.. dan aku pun menjawab hantar resume dulu la <jual mahal la katakan> dan akhirnya misi selesai selepas bertukar-tukar nombor.. 

dari sinilah bermulanya lagi satu lembaran baru buat perkenalan kami.. agak lama jugak ada nombor tapi tak contact malu punye pasal FB je sebagai penghubung.. sampai satu tahap mula berbalas whatsapp ..pertama kali whatsapp Si Dia menghantar "tipuuuuu kata tak da whatsapp" lebih kurang macam ni la.. dari sini kami sentiasa berhubung sampai nak lelap mata.. ya ini yang merapatkan lagi antara satu sama lain sehinggakan tidak sedar satu perasaan yang halus mula bertapa dalam hati masing-masing.. 

dari hari ke hari dari masa ke masa dari bulan ke bulan dari minggu ke minggu perasaan yang susah ditafsirkan semakin lama semakin kukuh dihati kami dan kami mengakui perasaan yang muncul tanpa sedar ini.. buat kekasih hati Muslim Bin Zaira Azlan.. awak sentiasa dihati saya sampai bila-bila.. insyallah.. =')  

Si Dia merupakan seorang yang banyak mulut dan sangat suka mengusik.. ini yang menyenangkan sebenarnya.. sentiasa buat aku tersenyum dan mampu juga memberikan satu kesedihan yang teramat ... biasa  la lumrah manusia ada pasang surutnya.. tapi jujur aku katakan Si Dia merupakan seorang lelaki yang dah lama ku idamkan.. 


Si Dia sentiasa menghiasi hari.. tak dengar suara sehari tak sah.. x leh tido beb.. inilah yang dinamakan penyakit angau ye anak-anak.. memandangkan banyak sangat dah aku membobok <bahasa nogoghi> hari ni rasanya cukuplah setakat ini sahaja.. 

 

yahhhhh ... itu aku yang mementingkan sebuah kesetiaan.. sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain .. dan jangan pendamkan jika ada yang terbuku dihati.. <petua dari mak jah> hehe.. assalamualaikum.. 


INI KALILAH not INNI KALILLAH

tu la dia yang dinamakan MANUSIA.. bila da terlampau FANATIK perkataan INI KALILAH dipertikaikan.. siap bagi maksud sekali tu "sesungguhnya aku seperti tuhan" (kalau salah mohon betulkan).. aku pun tak la pandai sangat arab.. tapi dalam situasi macam ni janganlah kita menjadi orang yang menampakkan ketidakpandaian disini..

<jangan jadi orang yang bongkak tak menempat>

Thursday 2 May 2013

my hobby


yeahhhhhhh !!! aktiviti utama sepanjang cuti semester 

makan dan tidur !!!


 

diakui makin gemok  =.='

Wednesday 1 May 2013

39 ! ! ='(

39 hari lagi !!! 


sentiasa rindukan cinta hati .. ='( 


 


pipi memasing sesama kembang.. haa~ berlawan .. =D