Friday 3 May 2013

DIARY HATI

bila terkenang semula detik perkenalan antara aku dan dia rasa macam haaaaaaaaa gitu.. Si Dia merupakan sahabat kepada seorang sahabat karib aku yang bernama Umi Maisarah.. pertama kali Umi buka cerita pasal Si Dia hati mula rasa tertarik untuk mengenali Si Dia dengan lebih rapat <skema gler ayat tapi tak pe la da nama pun tengah berjiwang> .. sehingga satu masa beliau bergurau dengan menyampaikan salam melalui angin perantaraan dengan Umi <cewah> .. 

masih ingatkah Si Dia dengan  pertemuan dibawah blok S.Ali ?? dengan berseluar warna putih2 krim ke hitam  <kalau tak silap>  + t-shirt putih +  earphone tersangkut.. satu penampilan yang sangat ringkas tapi itu la yang buat aku tersangkut dengan Si Dia .. ingat lagi lepas pertemuan yang singkat tu masa otw naik tangga rumsis Si Dia mesej Umi dan Umi tergelak besar lepas tu rupanya Si Dia kirim salam .. mulai hari itu aku bertekad nak kenal lagi dengan Si Dia.. 

 so akhirnya hari yang ku tunggu tiba.. mula la aktiviti menjelajah FB beliau dan juga Twitter.. ok ini malu.. x nak cerita.. selepas bertegur sapa kat twitter Si Dia mula menunjukkan respon yang positif.. hati jangan cakap la kan punya la suka + gedik pun ada.. dari sinilah berbalas mesej di FB.. sehinggalah satu malam yang tenang lagi indah.. tengah dok kalut buat assignment pukul 2 lebih pagi macam tu dapat satu mesej kat FB ingat lagi ayat Si Dia "awakkk nak nombor >.< " siap muka lagi tu.. dan aku pun menjawab hantar resume dulu la <jual mahal la katakan> dan akhirnya misi selesai selepas bertukar-tukar nombor.. 

dari sinilah bermulanya lagi satu lembaran baru buat perkenalan kami.. agak lama jugak ada nombor tapi tak contact malu punye pasal FB je sebagai penghubung.. sampai satu tahap mula berbalas whatsapp ..pertama kali whatsapp Si Dia menghantar "tipuuuuu kata tak da whatsapp" lebih kurang macam ni la.. dari sini kami sentiasa berhubung sampai nak lelap mata.. ya ini yang merapatkan lagi antara satu sama lain sehinggakan tidak sedar satu perasaan yang halus mula bertapa dalam hati masing-masing.. 

dari hari ke hari dari masa ke masa dari bulan ke bulan dari minggu ke minggu perasaan yang susah ditafsirkan semakin lama semakin kukuh dihati kami dan kami mengakui perasaan yang muncul tanpa sedar ini.. buat kekasih hati Muslim Bin Zaira Azlan.. awak sentiasa dihati saya sampai bila-bila.. insyallah.. =')  

Si Dia merupakan seorang yang banyak mulut dan sangat suka mengusik.. ini yang menyenangkan sebenarnya.. sentiasa buat aku tersenyum dan mampu juga memberikan satu kesedihan yang teramat ... biasa  la lumrah manusia ada pasang surutnya.. tapi jujur aku katakan Si Dia merupakan seorang lelaki yang dah lama ku idamkan.. 


Si Dia sentiasa menghiasi hari.. tak dengar suara sehari tak sah.. x leh tido beb.. inilah yang dinamakan penyakit angau ye anak-anak.. memandangkan banyak sangat dah aku membobok <bahasa nogoghi> hari ni rasanya cukuplah setakat ini sahaja.. 

 

yahhhhh ... itu aku yang mementingkan sebuah kesetiaan.. sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain .. dan jangan pendamkan jika ada yang terbuku dihati.. <petua dari mak jah> hehe.. assalamualaikum.. 


No comments :

Post a Comment